Otai Reformis 98 telah mengetuai NGO-NGO lain telah menghantar memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agung mendesak agar baginda dan Majlis Raja Raja agar mengarahkan kabinet menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja bagi menyiasat isu RM2.6B yang menjadi perbiincangan hangat dikalangan masyarakat.
Memorandum itu telah di hantar ke Istana Negara pada Jumaat, 28 Januari 2016 jam 3.00 petang. Seramai 5 orang aktivis telah dibenarkan masuk di ketuai Saudara Ronie Liu bersama dengan Fariz Musa, Saypoy Ariffin, Jayathas dan Ammar Dahalan.
Memorandum itu juga mendesak agar Suruhanraya Siasatan Diraja menyiasat dan memperjelaskan
apa kaitan isu RM2.6B dengan syarikat milik kerajaan 1MDB yang hangat dipersoalkan masyarakat dewasa ini. Jurucakap kumpulan NGO itu Sauadra Ronie Liu telah membacakan memorandum yang telah diserahkan kepada pihak Istana, beliau berharap agar ianya tidak sampai terjadi seperti Tabung Kewangan Tabung Haji yang telah berada di paras negetif seperti yang di dakwa oleh Bank Negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan