Pada ketika itu keakrapan Reformis begitu terserlah tetapi kini keadaan telah berubah di mana terdapatnya beberapa kumpulan Reformis yang ada pengurusannya sendiri. Pro98 Reformis yang di pengerusikan oleh Ustaz Dr. Badrulamin adalah antaranya. Otai Reformis '98 agak sedikit terumbang ambing sejak YB. Haji Saari Sungib dan Abdul Razak Ismail meletakkan jawatan setelah adanya krisis yang melibatkan prinsip ekoran dari penyertaan Tun Dr. Mahathir ke dalam Pakatan Harapan.
![]() |
| diantara penggerak Otai Reformis '98 yang menyatakan syarat yang boleh diterima kalau mau Tun M di terima dalam Pakatan Pembangkang. |
Deklarasi Rakyat yang telah di buat pada 4 Mac 2016 juga telah merenggangkan pemimpin reformis diantaranya Tian Chua dan Hisyamuddin Rais yang berusaha untuk menangguhkan Konvensyen Reformis yang sepatutnya diadakan pada bulan Mei 2016.
Alhamdullillah akhirnya pada 25 Februari 2017 Konvensyen Reformis dapat juga di jelmakan dengan dengan gabungan kekuatan Otai Reformis '98, Pro98 Reformis, Jingga 13 dan March to Freedom dibawah nama Angkatan Reformis Malaysia dengan Pengerusinya YB. Tuan Haji Saari Sungib dan Tuan Hj. Rusli Ibrahim sebagai Pengerusi Bersama.
Tetapi Konvensyen Reformis itu juga rosak akibat kehadiran Tun Dr. Mahathir dan naik ke pentas berucap. Dia di benarkan berucap kerana dia berjanji akan memohon maaf secara terbuka kepada reformis tetapi dia tidak pun mengucapkannya malah nama Anwar pun tidak sepatah pun keluar dari mulutnya. Itulah Mahathir.
![]() |
| Otai Reformis '98 yang di ketuai Tuan Haji Saari Sungib dalam satu pertemuan dengan Presiden PKR, YB. Datin Seri Wan Azizah Dato' Wan Ismail. |












