Nama Otai Reformis '98 sesuatu yang sudah sebati dengan perjuangan para reformis, ianya sudah begitu lama digunakan oleh mereka yang berjuang menegakkan keadilan dan kebenaran. Tetapi kali ini akan lenyapkah nama yang sudah menjadi branding kepada para pejuang reformasi yang di cetuskan oleh Dato' Sei Anwar Ibrahim itu?.
Ini adalah kerana dalam suatu pertemuan kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Otai Reformis '98 pada 1 Julai 2018 telah ada keputusan yang di buat agar nama itu akan di tukar kepada Persatuan Reformis Malaysia yang di sarankan oleh Saudara Jamil Ismail yang lebih di kenali sebagai "Jamil Kucing".
Walau dengan berat hati semua yang hadir terpaksa bersetuju kerana alasan yang diberikan adalah ianya akan menyebabkan penyatuan semua reformis yang kini sudah berpecah kepada beberapa kumpulan.
Dua kumpulan reformis terbesar adalah Otai Reformis '98 dan Pro98 Reformis Malaysia yang dipimpin oleh Ustaz Dr. Badrul Amin yang telah didaftarkan sejak 2015 lagi.
Fenomena ini berlaku ketika Otai Reformis mau didaftarkan? Alasan yang di berikan oleh Saudara Jamil adalah Saudara Rosli Ibrahim (adik Anwar Ibrahim) adalah Dato' Seri Anwar Ibrahim maukan hanya satu Kumpulan Reformis sahaja yang diwujudkan di negara ini. Begitulah yang disampaikan oleh Saudara Jamil Kucing dalam Mesyuarat Otai Reformis pada hari itu.
Fenomena ini tidak habis setakat mesyuarat itu sahaja kerana ada yang tidak puashati nama Otai Reformis dihapuskan. Mereka mau nama atau jenama itu dikekalkan. Alasan PRO98 Reformis sedia dibubarkan seperti dinyata Jamil Kucing masih lagi merupakan tandatanya kerana saranan itu hanya datang dari Rosli Ibrahim sahaja, sedangkan ahli-ahli Pro98 Reformis tidak pernah didengar mau Pro98 di bubarkan. Apa jadi sekiranya segelintir Ahli dari kumpulan itu enggan mematuhi pendapat Saudara Rosli Ibrahim itu, bagaimana?. Yang rugi adalah Otai Reformis '98 kerana nama yang telah mencipta sejarah selama 20 tahun dijalan-jalanraya kini akan di tukarkan kepada Persatuan Reformis Malaysia.
Kumpulan yang menentang beranggapan bahawa tidak wajar nama yang telah di gunakan itu di tukarkan hanya kerana DSAI mahukannya sedangkan nama itu sendiri telah menjadi sebutan oleh DSAI sendiri malah diguna dan dikenali oleh ramai dikalangan pemimpin Pakatan Harapan dari dulu hingga kini.
"Bukan ada baiknya nama itu di kekalkan agar menjadi kenang-kenangan serta terus di ingati dalam sejarah politik tanahair".
aa.
Akhi hanya menyuarakan apa yang tersirat dikalangan pejuang reformasi yang telah berjuang dari 1998 hingga kini. Namun walau apa pun itu adalah kehendak keadaan semasa yang memerlukan suatu penjenamaan semula atau Rebranding nama Otai Reformis untuk kebaikan dan masadepan reformis semua.
Rabu, 4 Julai 2018
Selasa, 15 Mei 2018
30 APRIL TARIKH BERSEJARAH BAGI OTAI REFORMIS '98
![]() |
| YB Tuan Haji Saari Sungib ADUN Kawasan Hulu Kelang |
Ahad, 13 Mei 2018
HALA TUJU OTAI REFORMIS '98
Otai Reformis '98 telah mengadakan suatu pertemuan bagi menentukan halatuju serta membincangkan beberapa perkara penting yang perlu dibincang termasuk memantapkan kepimpinan pergerakan yang telah di cetuskan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim ini.
Pertemuan yang mula di kenali sejak 1998 lagi itu diadakan pada 13 Mei 2018 jam 11 pagi di Restoran Amjal di hadiri oleh pendokong-pendokong reformasi dari Perak, Kedah dan KualaLumpur/Selangor.
Pertemuan itu merumuskan bahawa gerakan ini menjunjung kasih kepada Ke bawah DYMM Yang Dipertuan Agong, Sultan Muhammad V kerana memberi pengampunan penuh serta membebaskan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum Pakatan Harapan serta merta.
Mengenai pemlihan kepimpinan ianya akan di buat dalam masa terdekat dengan di berikan notis dalam jangkamasa yang sesuai agar notis itu akan dapat di sampaikan kepada seluruh reformis-reformis yang berjuang dalam gerakan reformasi sejak 1998.
Dengan perubahan kerajaan sekarang maka halatuju reformis juga turut berubah, dari gerakan jalanan kepada gerakan massa yang akan memantau perjalanan kepimpinan negara. Sekiranya terdapat salahlaku oleh kepimpinan kerajaan maka Otai Reformis '98 akan mengambil langkah berhemah dengan membuat teguran dan kritikan dari dalam serta semangat kekeluargaan.
Terdapat juga beberapa suara yang mahukan Reformis di berikan pengiktirafan dengan mengisi kekosongan kerusi-kerusi Senator, GLC dan pelbagai agensi kerajaan di semua peringkat sebagai penghargaan terhadap perjuangan yang telah di lakukan.

Peranan Otai Reformis '98 akan tetap relevan dalam memastikan kesejahteraan rakyat dan negara akan sentiasa terjamin. Dengan sebab itu Otai Reformis '98 akan di urustadbir dengan lebih sistematik. Kerana itulah kami menubuhkkan Jawatankuasa Penaja yang telah di sahkan pada hari ini, 13 Mei 2018 dengan kehadiran oleh seramai 42 orang anggota reformis.
Pertemuan yang mula di kenali sejak 1998 lagi itu diadakan pada 13 Mei 2018 jam 11 pagi di Restoran Amjal di hadiri oleh pendokong-pendokong reformasi dari Perak, Kedah dan KualaLumpur/Selangor.
Pertemuan itu merumuskan bahawa gerakan ini menjunjung kasih kepada Ke bawah DYMM Yang Dipertuan Agong, Sultan Muhammad V kerana memberi pengampunan penuh serta membebaskan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum Pakatan Harapan serta merta.
Mengenai pemlihan kepimpinan ianya akan di buat dalam masa terdekat dengan di berikan notis dalam jangkamasa yang sesuai agar notis itu akan dapat di sampaikan kepada seluruh reformis-reformis yang berjuang dalam gerakan reformasi sejak 1998.
Dengan perubahan kerajaan sekarang maka halatuju reformis juga turut berubah, dari gerakan jalanan kepada gerakan massa yang akan memantau perjalanan kepimpinan negara. Sekiranya terdapat salahlaku oleh kepimpinan kerajaan maka Otai Reformis '98 akan mengambil langkah berhemah dengan membuat teguran dan kritikan dari dalam serta semangat kekeluargaan.
Terdapat juga beberapa suara yang mahukan Reformis di berikan pengiktirafan dengan mengisi kekosongan kerusi-kerusi Senator, GLC dan pelbagai agensi kerajaan di semua peringkat sebagai penghargaan terhadap perjuangan yang telah di lakukan.

Isnin, 30 April 2018
Apa jadi dengan Pergerakkan Reformis?
Pada 29 April yang baru berlalu genablah sudah 3 tahun Ulangtahun Re-Union Otai Reformis '98 di Restoran Amjal, dimana pada pertemuan yang di hadiri lebih 100 orang Reformis itu telah mengangkat Tuan Haji Saari Sungib sebagai Pengerusi Otai Reformis dan Saudara Abdul Razak Ismail sebagai Setiausaha.
Pada ketika itu keakrapan Reformis begitu terserlah tetapi kini keadaan telah berubah di mana terdapatnya beberapa kumpulan Reformis yang ada pengurusannya sendiri. Pro98 Reformis yang di pengerusikan oleh Ustaz Dr. Badrulamin adalah antaranya. Otai Reformis '98 agak sedikit terumbang ambing sejak YB. Haji Saari Sungib dan Abdul Razak Ismail meletakkan jawatan setelah adanya krisis yang melibatkan prinsip ekoran dari penyertaan Tun Dr. Mahathir ke dalam Pakatan Harapan.
Deklarasi Rakyat yang telah di buat pada 4 Mac 2016 juga telah merenggangkan pemimpin reformis diantaranya Tian Chua dan Hisyamuddin Rais yang berusaha untuk menangguhkan Konvensyen Reformis yang sepatutnya diadakan pada bulan Mei 2016.
Alhamdullillah akhirnya pada 25 Februari 2017 Konvensyen Reformis dapat juga di jelmakan dengan dengan gabungan kekuatan Otai Reformis '98, Pro98 Reformis, Jingga 13 dan March to Freedom dibawah nama Angkatan Reformis Malaysia dengan Pengerusinya YB. Tuan Haji Saari Sungib dan Tuan Hj. Rusli Ibrahim sebagai Pengerusi Bersama.
Tetapi Konvensyen Reformis itu juga rosak akibat kehadiran Tun Dr. Mahathir dan naik ke pentas berucap. Dia di benarkan berucap kerana dia berjanji akan memohon maaf secara terbuka kepada reformis tetapi dia tidak pun mengucapkannya malah nama Anwar pun tidak sepatah pun keluar dari mulutnya. Itulah Mahathir.

| diantara penggerak Otai Reformis '98 yang menyatakan syarat yang boleh diterima kalau mau Tun M di terima dalam Pakatan Pembangkang. |
Deklarasi Rakyat yang telah di buat pada 4 Mac 2016 juga telah merenggangkan pemimpin reformis diantaranya Tian Chua dan Hisyamuddin Rais yang berusaha untuk menangguhkan Konvensyen Reformis yang sepatutnya diadakan pada bulan Mei 2016.
Alhamdullillah akhirnya pada 25 Februari 2017 Konvensyen Reformis dapat juga di jelmakan dengan dengan gabungan kekuatan Otai Reformis '98, Pro98 Reformis, Jingga 13 dan March to Freedom dibawah nama Angkatan Reformis Malaysia dengan Pengerusinya YB. Tuan Haji Saari Sungib dan Tuan Hj. Rusli Ibrahim sebagai Pengerusi Bersama.
Tetapi Konvensyen Reformis itu juga rosak akibat kehadiran Tun Dr. Mahathir dan naik ke pentas berucap. Dia di benarkan berucap kerana dia berjanji akan memohon maaf secara terbuka kepada reformis tetapi dia tidak pun mengucapkannya malah nama Anwar pun tidak sepatah pun keluar dari mulutnya. Itulah Mahathir.
![]() |
| Otai Reformis '98 yang di ketuai Tuan Haji Saari Sungib dalam satu pertemuan dengan Presiden PKR, YB. Datin Seri Wan Azizah Dato' Wan Ismail. |
Ahad, 15 April 2018
PIMPINAN BARU OTAI REFORMIS '98
Sejak YB. Tuan Haji Saari Sungib yang dipilih dengan suara ramai suatu ketika dulu, meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Otai Reformis '98 pada akhir tahun lepas, para reformis berkeliaran macam anak kehilangan ibu. Begitu juga Pengurusan Otai Reformis tidak lancar lagi semenjak Setiausahanya Saudara Abdul Razak Ismail meletakkan jawatan. Otai Reformis '98 seolah2 tempang. Para Reformis gelisah berkeliaran tanpa halatuju dan ada yang sibuk mencari pemimpin baru. Akhirnya dengan beberapa orang Reformis mengambil inisiatif maka tertubuhlah jawatankuasa dan kepimpinan baru yang di ketuai oleh Saudara Khairul Anuar Othman.
Pimpinan baru itu adalah terdiri dari Pengerusi Saudara Khairul Anuar Othman, Akhi Nosa Iskandar (Setiausaha) dan Francis Sabatian sebagai Bendahari, Saudara Syed Badli Shah Osman (Timbalan Setiausaha) dan beberapa orang Jawatankuasa termasuk dari Negeri-Negeri. Ahli Jawatan-kuasa adalah terdiri dari Saudara Azli, Mohamad AliFeroz, Ganesan, Nor Hayati, Zielawati Hashim, Johnny Ghee, Rosita Jaafar, Rosli Tiger, Razali Alias, Ridzuan Asit, Dr. Rajan dan Syed Harun, Mazlan Bidin. Mewakili negeri-negeri Saudara Micheal Thomas, Ustaz Zulkifli Ibrahim dan Puan Rokiah Ismail dari Perak, Zulkifli Omar dan Mohd Zamani Zaman dari Pahang, S. Sanjeeviramah dari Pulau Pinang. Dari Johor di wakili oleh Mohd Johari Simin dan Zainal Abidin bin Sidi, Selangor di wakili oleh Puan Rosmayana Yana serta Hassan Tahir mewakili Wilayah Persekutuan. Jawatankuasa ini adalah bersifat sementara sehingga suatu pemilihan akan di adakan dalam satu pertemuan bersama Otai Reformis '98 yang akan diadakan tidak lama lagi.
Sementara itu Ahli Jawatankuasa sedang berusaha mendapatkan komitmen dari negeri-negeri lain agar menghantar nama2 bagi Jawatankuasa Pusat dan 3 orang wakil negeri masing2.
Setakat ini Jawatankuasa Sementara Otai Reformis telah menggerak-aktifkan Otai Reformis antaranya mengadaka rombongan semasa pelancaran Galeri Anwar Ibrahim 31 Mac 2018 seramai 40 orang telah hadir sama semasa pelancaran tersebut.
Mengadakan Sidang Akbar pada 12 Aprl 2018 di Restoran Amjal, Pantai Baru bagi menyatakan kerjasama Otai Reformis bagi Himpunan Tangkap Pencuri yang di adakan di Dataran Sogo pada 14 April 2018.
Di Sogo 14 April 2018 Otai Reformis '98 bersama-sama turun padang dalam Himpunan Tangkap Pencuri yang di hadiri hampir 5,000 orang rakyat Malaysia....
Bermula dari Restoran Lutos Medan Tuanku sekitar jam 2.25 petang Otai Reformis '98 mula bergerak menuju Sogo bersama kumpulan anak muda. Di Sogo dan kawasan sekitarnya kelihatan di sana sini kelompok manusia yang telah bersedia untuk menyertai perhimpunan.
Perarakan kami menuju Sogo mulai di sertai oleh ramai penyokong-penyokong yang mula turut menampakkan diri. Di hadapan Sogo sudah terdapat ramai anggota PDRM yang siap dengan kelengkapan untuk menghalang perhimpunan kami. Kami terus bergerak menuju ke hadapan Sogo, terdapat juga beberapa aktivis dari Suaram yang berurusan dengan pihak polis. Jeritan "Tangkap Pencuri" dan "Tangkap Jho Low" mula kedengaran dari atas lori dan di sambut dengan ribuan suara lagi di sekitar perhimpunan. Kelihatan beberapa orang anak muda mengusung replika kapal mewah Jho Low yang di tangkap di perairan Bali Indonesia sebulan lalu sudah bersama di jalanraya.
Kami di halang oleh anggota PDRM yang bersiap sedia memberhentikan pergerakan kami. Kekecohan kecil mula terjadi apabila kunci lori yang kami naiki di rampas oleh seorang anggota polis. Kelihatan Jonah dan beberapa orang aktivis berada di sana meminta Pegawai Polis memulangkan kunci lori.
"Saya harap perhimpunan ini akan bersurai dengan aman...." kata Pegawai Polis yang mengetuai pasukan polis melalui loudheller. Semua berhimpun enggan berundur. Beberapa aktivis meneruskan rundingan dengan suara yang pada mula lembut kini bertukar bernada keras.
Perundingan menemui jalan penyelesaian, kami di minta oleh pihak polis semoga berada di Dataran Sogo. Pusat Beli Belah Sogo menutup pintu premis mereka. Kami di beri 30 minit untuk mengadakan demo di situ. Diantara yang turut memberi ucapan adalah Presiden Parti Amanah Negara, Tuan Haji Muhammad Sabu dan Saudara Mohd Faiz Fadzil, Ketua Pemuda Parti Amanah Negara.

Langgan:
Catatan (Atom)