Ahad, 13 Mei 2018

HALA TUJU OTAI REFORMIS '98

Otai Reformis '98 telah mengadakan suatu pertemuan bagi menentukan halatuju serta membincangkan beberapa perkara penting yang perlu dibincang termasuk memantapkan kepimpinan pergerakan yang telah di cetuskan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim ini.

Pertemuan yang mula di kenali sejak 1998 lagi itu diadakan pada 13 Mei 2018 jam 11 pagi di Restoran Amjal di hadiri oleh pendokong-pendokong reformasi dari Perak, Kedah dan KualaLumpur/Selangor.

Pertemuan itu merumuskan bahawa gerakan ini menjunjung kasih kepada Ke bawah DYMM Yang Dipertuan Agong, Sultan Muhammad V kerana memberi pengampunan penuh serta membebaskan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum Pakatan Harapan serta merta.

Mengenai pemlihan kepimpinan ianya akan di buat dalam masa terdekat dengan di berikan notis dalam jangkamasa yang sesuai agar notis itu akan dapat di sampaikan kepada seluruh reformis-reformis yang berjuang dalam gerakan reformasi sejak 1998. 


Dengan perubahan kerajaan sekarang maka halatuju reformis juga turut berubah, dari gerakan jalanan kepada gerakan massa yang akan memantau perjalanan kepimpinan negara. Sekiranya terdapat salahlaku oleh kepimpinan kerajaan maka Otai Reformis '98 akan mengambil langkah berhemah dengan membuat teguran dan kritikan dari dalam serta semangat kekeluargaan.

Terdapat juga beberapa suara yang mahukan Reformis di berikan pengiktirafan dengan mengisi kekosongan kerusi-kerusi Senator, GLC dan pelbagai agensi kerajaan di semua peringkat sebagai penghargaan terhadap perjuangan yang telah di lakukan.






Peranan Otai Reformis '98 akan tetap relevan dalam memastikan kesejahteraan rakyat dan negara akan sentiasa terjamin. Dengan sebab itu Otai Reformis '98 akan di urustadbir dengan lebih sistematik. Kerana itulah kami menubuhkkan Jawatankuasa Penaja yang telah di sahkan pada hari ini, 13 Mei 2018 dengan kehadiran oleh seramai 42 orang anggota reformis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan