Rabu, 4 Julai 2018

BERAKHIRKAH NAMA OTAI REFORMIS '98

Nama Otai Reformis '98 sesuatu yang sudah sebati dengan perjuangan para reformis, ianya sudah begitu  lama digunakan oleh mereka yang berjuang menegakkan keadilan dan kebenaran. Tetapi kali ini akan lenyapkah nama yang sudah menjadi branding kepada para pejuang reformasi yang di cetuskan oleh Dato' Sei Anwar Ibrahim itu?.
Ini adalah kerana dalam suatu pertemuan kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Otai Reformis '98 pada 1 Julai 2018 telah ada keputusan yang di buat agar nama itu akan di tukar kepada Persatuan Reformis Malaysia yang di sarankan oleh Saudara Jamil Ismail yang lebih di kenali sebagai "Jamil Kucing".
Walau dengan berat hati semua yang hadir terpaksa bersetuju kerana alasan yang diberikan adalah ianya akan menyebabkan penyatuan semua reformis yang kini sudah berpecah kepada beberapa kumpulan.
Dua kumpulan reformis terbesar adalah Otai Reformis '98 dan Pro98 Reformis Malaysia yang dipimpin oleh Ustaz Dr. Badrul Amin yang telah didaftarkan sejak 2015 lagi.
Fenomena ini berlaku ketika Otai Reformis mau didaftarkan? Alasan yang di berikan oleh Saudara Jamil adalah Saudara Rosli Ibrahim (adik Anwar Ibrahim) adalah Dato' Seri Anwar Ibrahim maukan hanya satu Kumpulan Reformis sahaja yang diwujudkan di negara ini. Begitulah yang disampaikan oleh Saudara Jamil Kucing dalam Mesyuarat Otai Reformis pada hari itu.
Fenomena ini tidak habis setakat mesyuarat itu sahaja kerana ada yang tidak puashati nama Otai Reformis dihapuskan. Mereka mau nama atau jenama itu dikekalkan. Alasan PRO98 Reformis sedia dibubarkan seperti dinyata Jamil Kucing masih lagi merupakan tandatanya kerana saranan itu hanya datang dari Rosli Ibrahim sahaja, sedangkan ahli-ahli Pro98 Reformis tidak pernah didengar mau Pro98 di bubarkan. Apa jadi sekiranya segelintir Ahli dari kumpulan itu enggan mematuhi pendapat Saudara Rosli Ibrahim itu, bagaimana?. Yang rugi adalah Otai Reformis '98 kerana nama yang telah mencipta sejarah selama 20 tahun dijalan-jalanraya kini akan di tukarkan kepada Persatuan Reformis Malaysia.















Kumpulan yang menentang beranggapan bahawa tidak wajar nama yang telah di gunakan itu di tukarkan hanya kerana DSAI mahukannya sedangkan nama itu sendiri telah menjadi sebutan oleh DSAI sendiri malah diguna dan dikenali oleh ramai dikalangan pemimpin Pakatan Harapan dari dulu hingga kini.
"Bukan ada baiknya nama itu di kekalkan agar menjadi kenang-kenangan serta terus di ingati dalam sejarah politik tanahair".
aa.
Akhi hanya menyuarakan apa yang tersirat dikalangan pejuang reformasi yang telah berjuang dari 1998 hingga kini. Namun walau apa pun itu adalah kehendak keadaan semasa yang memerlukan suatu penjenamaan semula atau Rebranding nama Otai Reformis untuk kebaikan dan masadepan reformis semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan