Ahad, 15 April 2018

PIMPINAN BARU OTAI REFORMIS '98

Sejak YB. Tuan Haji Saari Sungib yang dipilih dengan suara ramai suatu ketika dulu, meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Otai Reformis '98  pada akhir tahun lepas, para reformis berkeliaran macam anak kehilangan ibu. Begitu juga Pengurusan Otai Reformis tidak lancar lagi semenjak Setiausahanya Saudara Abdul Razak Ismail meletakkan jawatan. Otai Reformis '98 seolah2 tempang. Para Reformis gelisah berkeliaran tanpa halatuju dan ada yang sibuk mencari pemimpin baru. Akhirnya dengan beberapa orang Reformis mengambil inisiatif maka tertubuhlah jawatankuasa dan kepimpinan baru yang di ketuai oleh Saudara Khairul Anuar Othman.

Pimpinan baru itu adalah terdiri dari Pengerusi Saudara Khairul Anuar Othman, Akhi Nosa Iskandar (Setiausaha) dan Francis Sabatian sebagai Bendahari, Saudara Syed Badli Shah Osman (Timbalan Setiausaha) dan beberapa orang Jawatankuasa termasuk dari Negeri-Negeri. Ahli Jawatan-kuasa adalah terdiri dari Saudara Azli, Mohamad AliFeroz, Ganesan, Nor Hayati, Zielawati Hashim, Johnny Ghee, Rosita Jaafar, Rosli Tiger, Razali Alias, Ridzuan Asit, Dr. Rajan dan Syed Harun, Mazlan Bidin. Mewakili negeri-negeri Saudara Micheal Thomas, Ustaz Zulkifli Ibrahim dan Puan Rokiah Ismail dari Perak, Zulkifli Omar dan  Mohd Zamani Zaman dari Pahang, S. Sanjeeviramah dari Pulau Pinang. Dari Johor di wakili oleh Mohd Johari Simin dan Zainal Abidin bin Sidi, Selangor di wakili oleh Puan Rosmayana Yana serta Hassan Tahir mewakili Wilayah Persekutuan.  Jawatankuasa ini adalah bersifat sementara sehingga suatu pemilihan akan di adakan dalam satu pertemuan bersama Otai Reformis '98 yang akan diadakan tidak lama lagi. 
Sementara itu Ahli Jawatankuasa sedang berusaha mendapatkan komitmen dari negeri-negeri lain agar menghantar nama2 bagi Jawatankuasa Pusat dan 3 orang wakil negeri masing2.
Setakat ini Jawatankuasa Sementara Otai Reformis telah menggerak-aktifkan Otai Reformis antaranya mengadaka rombongan semasa pelancaran Galeri Anwar Ibrahim 31 Mac 2018 seramai 40 orang telah hadir sama semasa pelancaran tersebut.


Mengadakan Sidang Akbar pada 12 Aprl 2018 di Restoran Amjal, Pantai Baru bagi menyatakan kerjasama Otai Reformis bagi Himpunan Tangkap Pencuri yang di adakan di Dataran Sogo pada 14 April 2018.



Di Sogo 14 April 2018 Otai Reformis '98 bersama-sama turun padang dalam Himpunan Tangkap Pencuri yang di hadiri hampir 5,000 orang rakyat Malaysia....



Bermula dari Restoran Lutos Medan Tuanku sekitar jam 2.25 petang Otai Reformis '98 mula bergerak menuju Sogo bersama kumpulan anak muda. Di Sogo dan kawasan sekitarnya kelihatan di sana sini kelompok manusia yang telah bersedia untuk menyertai perhimpunan.

Perarakan kami menuju Sogo mulai di sertai oleh ramai penyokong-penyokong yang mula turut menampakkan diri. Di hadapan Sogo sudah terdapat ramai anggota PDRM yang siap dengan kelengkapan untuk menghalang perhimpunan kami. Kami terus bergerak menuju ke hadapan Sogo, terdapat juga beberapa aktivis dari Suaram yang berurusan dengan pihak polis. Jeritan "Tangkap Pencuri" dan "Tangkap Jho Low" mula kedengaran dari atas lori dan di sambut dengan ribuan suara lagi di sekitar perhimpunan. Kelihatan beberapa orang anak muda mengusung replika kapal mewah Jho Low yang di tangkap di perairan Bali Indonesia sebulan lalu sudah bersama di jalanraya.

Kami di halang oleh anggota PDRM yang bersiap sedia memberhentikan pergerakan kami. Kekecohan kecil mula terjadi apabila kunci lori yang kami naiki di rampas oleh seorang anggota polis. Kelihatan Jonah dan beberapa orang aktivis berada di sana meminta Pegawai Polis memulangkan kunci lori.


"Saya harap perhimpunan ini akan bersurai dengan aman...." kata Pegawai Polis yang mengetuai pasukan polis melalui loudheller. Semua berhimpun enggan berundur. Beberapa aktivis meneruskan rundingan dengan suara yang pada mula lembut kini bertukar bernada keras. 

Perundingan menemui jalan penyelesaian, kami di minta oleh pihak polis semoga berada di Dataran Sogo. Pusat Beli Belah Sogo menutup pintu premis mereka. Kami di beri 30 minit untuk mengadakan demo di situ. Diantara yang turut memberi ucapan adalah Presiden Parti Amanah Negara, Tuan Haji Muhammad Sabu dan Saudara Mohd Faiz Fadzil, Ketua Pemuda Parti Amanah Negara.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan